Isnin, Oktober 22, 2012

KAMI TELAH BERPINDAH

Assalamualaikum
Blog ini telah berpindah ke SINI

Kita jumpa di

Sabtu, Oktober 20, 2012

SILA BERI CADANGAN YG MEMBINA JIKA TIDAK SUKA

Diam tak diam rupa-rupanya blog ini dah berusia lima tahun. Ramai kawan-kawan yg datang berkunjung,berkenalan,komen,tegur sekali kemudian hilang dan tak kurang juga yg sekadar silent reader.Angin dan kerajinan memblog biasanya pasang surut dan bergantung kepada keadaan dan waktu senggang.Alhamdulillah sekali sekala bolehlah juga senyum simpul sambut cash Nuffnang..hikhik

Kepuasan berblog sebenarnya bergantung kepada niat asal.Saya berblog sekadar untuk mencatat kenangan warna-warni hidup ini dan hati rasa gembira jika dapat berkongsi rasa.Sudi-sudikan komen jika wajah baru blog ini kurang ceria dan jelita.Terima kasih kerana selama ini sudi berkunjung ke blog yg tidak seberapa ini.

Salam Sayang:
PINATBATE ALWAN

Jumaat, Oktober 19, 2012

DARI ALAM MAYA KE ALAM NYATA

Subhanallah! tak sangka sungguh Nad @ Anor sampai rumah kecil kami.Persahabatan maya yg bermula sejak 2012 di forum CARI dan kemudiannya di fb akhirnya membawa kpd pertemuan yg sangat bererti.
Kami janji tarikh petang Rabu 17/9/2012 .jadi lepas sekolah jer terus berdesupp lah balik rumah.Tak lama lepas tu diorang pun sampai dalam hujan renyai-renyai

 Aksi Jade yg mencuit hati..selalu nampak dalam gambar saja..sekali tengok depan mata rasa nak geget jer pipi comel domok tu..geram!

 
 kakak Ida mula-mula datang bad mood,dahlah hujan masa tu..tapi sekejap jer dah ok..

 Lasak woo!
 Suka sangat tengok gambar ni..sayang betul Kakak  Ida dgn adik dia..Jade pun manja sangat dgn kakak dia
 
Subhanallah! manisnya..dah besar esok sure jadi rebutan ni..^_^
 Terima kasih Nad,kesudian Nad datang ke rumah sangat kakpinat hargai..lain kali datanglah lagi

 Terharu sangat tau
Mudah-mudahan anak-anak kita nanti dapat meneruskan silaturrahinm yg kita bina.
 
 Cer intai apa bebudak ni buat..
 
 Bila Mat Tempe dan Minah Cheese bertemu..tak taulah apa yg diorang borakkan..dah sorang cakap Peghanchis..sorang cakap jowo kan...ekekeke..Tak kisahlah kan janji teman tapi mesra gittew..

Tak sempat pun nak siapkan hidangan utk family ni..seadanya saja..Minta maaf atas segala kekurangan yer
Terima kasih Atuk Karim dan Nad..Mudah-mudahan lain kali dapat jumpa Abang Adam pulak.

Rabu, Oktober 17, 2012

ANAK ANDA RAJIN BACA BUKU TAK ?


Cik Kakak sudah  pun selesai menduduki peperiksaan PMR.mudah-mudahan berjaya dengan cemerlang. Minggu ini Izzah dengan Hannah pula nak masuk final exam.Errmm...budak-budak ni tak pernahnya nak study bila masuk periksa..

Pagi tadi suruh diorang berdua baca kat luar supaya tak terganggu dek bising adik yang seorang ni.sekali tengok,rupa-rupanyaa...tengah main masak-masak style pertandingan Master Chef gitu..siap berlakon masuk ujian Cipta Rasa lah..Ujian penyingkiranlah.

 
 
 Sabar jer lah..Kalau dilarang nanti diorang jerit..''Hak bermain hak kami..!!" macam dalam iklan tv tu pulak..haih!

Selasa, Oktober 16, 2012

HIDUP ADALAH UJIAN

Telah selesai ujian besar untuk Cik Kakak. PMR 2012.Banyak sudah pengorbanan yang dibuat,segala kepayahan,kesusahan,kesungguhan,membuat perancangan ,menguruskan stress dan munajat yang tidak putus siang dan malam.Semuanya adalah pengalaman yang akan mendewasa dan mematangkan kakak.Insyaallah.






Selepas berusaha dengan sedaya upaya,kita serahkan segala ketentuan kepada Allah. Emak bersyukur dan bangga dengan Kakak  kerana kerja kuat dan kesungguhan yang kakak usahakan.Apa saja keputusannya nanti,kita terima dengan redha.

Ingatlah,ujian tidak selesai selepas Kakak melangkah keluar dari dewan peperiksaan.Di luar pintu itu ada berbagai lagi ujian yang lebih besar menunggu. Segala yang kita tempuhi dalam hidup ini adalah ujian untuk menentukan sama ada  kita akan menjadi hamba Allah yang lulus atau gagal .Kakak, teruslah berusaha,berfikir dengan matang dan membuat pilihan bijak.

Ahad, Oktober 07, 2012

CEPAT DAN SEDAP DI MAKAN

INI BUKAN IKLAN MAGGIE MEE YE..
Bebola daging Azmy ni memang tak pernah mengecewakan..buat masak apa-apa pun sedap ..rasa dia betul betul kebabowm! Senang citer  kalah meatball Ikea tu..

Semalam dah lewat balik dari Majlis Graduasi kat Putrajaya..senang dan mudah masak jer sup..kesukaan Irfan..semua sukaaa..;)

BEBOLA DAGING AZMY- IKLAN TIDAK BERBAYAR

Isnin, Oktober 01, 2012

HELLO OKTOBER

Oktober pun tiba. Ada beberapa perkara penting bakal berlaku bulan ini. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan Allah.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin