Selasa, Julai 31, 2012

NOSTALGIA KUIH RAYA

Dibulan puasa begini sesekali terkenang pula suasana masa kecil-kecil dulu.Bila masuk minggu kedua puasa emak mula buat persiapan membuat kuih raya.Jemur tepung dan gula..dan ntah apa-apa lagi.Kuih yang biasa emak buat pada masa itu ialah bermacam jenis halwa,kuih tradisional seperti kuih rose,rempeyek kacang tanah,kacau labu yang sangat manis dan agar-agar kering.Paling tak dilupakan berjenis-jenis biskut dan kek.


Macam ni lah oven yg bersekali dgn dapur gas emak tu dulu

Beberapa tahun sebelum emak berjaya membeli oven dapur gas,biskut dan kek dibakar dalam oven hitam cap kupu-kupu.. Emak juga ada satu almari khas menyimpan peralatan baking dia ..segala macam bentuk loyang,acuan dan buku resepi disimpan dalam almari berkunci yg hanya akan dibuka pada bulan puasa!Ohh..nostalgia betul saat itu...;))
 
Oven kupu-kupu ni memang famous betul zaman tu.Boleh dikatakan setiap rumah memang ada .Besar betul jasanya..kalau tidak takkan setiap tahun meja kuih emak penuh berjenis-jenis biskut..yang paling popular ialah semperit,biskut mazola,tart nanas,biskut telur rebus,biskut senyum,kuih makmur,putu kacang dan entah apa-apa lagilah..yang pasti tak ada satu jenis pun yang dibeli macam sekarang.semuanya dibuat sendiri anak-beranak.

Nostalgia itu datang semula Semalam Cik kakak dan adik-adiknya bergotong royong membuat cornflake madu.Dua kotak conflake dan dua buku butter menjadi watak utama dalam pembikinan biskut kesukaan ramai ini.Melihat anak-anak bergotong-royong sambil bersilang tangan mengisi conflake dalam paper cup sementara  si Kakak terjerit-jerit menghalang si kecil daripada memegang loyang panas,teringat situasi yang hampir serupa berpuluh tahun dulu masa tolong emak buat kuih raya.
Bezanya,waktu itu kami adik beradik hanya berpeluang makan biskut yang terhangit bakarannya sahaja dan emak cepat-cepat sorok barang biskut sehingga kami berpeluang merasanya semula bila tiba hari raya.Hari ini conflake madu itu dimakan sebaik saja selepas dibakar. Satu balang waktu berbuka,satu balang selepas terawih dan satu balang semasa sahur.Habis licin.Mujur balang tu tak boleh dikunyah sekali.

Ia bukan lagi kuih raya..tapi makanan kegemaran tak perlu tunggu raya.Bertuah sungguh anak-anak sekarang.


Isnin, Julai 30, 2012

BILA TAKHTA DIRAMPAS

Hari ini dengan rasminya takhta kerajaan dapur telah dirampas oleh babah.Yeahh! senangnya dalam hati..boleh mak tidur lepas asar sambil hidung berbau masakan dari dapur..nikmat! bukan selalu dapat macam tu kan..kehkehkeh
Tu dia..makaroni bakar abah ..
 
 tak cukup macaroni..dia bakar kek oren pulak...fuyyoo..!
Kalau hari-hari macam ni kan best3X..kejam bahagia punya bini

 Nama menu ni 'tumis terung kampung dengan ikan bilis goreng rangup dan capsicum plus cili api berasap suka suka hati nak lebur apa pun boleh..tu dia namaaa..!
"Sup meat ball cap Ramly burger bergabung meletup dgn cendawan sempoi" pun licin  budak-budak hirup..Korang kalau abah masak memang macam tu lah kan..abah masak maggi pun sampai kikis periuk korang kerjakan..sedap belaka! cis! omak masak hari-hari ni tak pandang pun...mogok setahun baru tau

Ala kulli hal, Alhamdulillah..sukur atas segala ujian dan nikmat bulan Ramadan tatkala ramai lagi saudara kita  yang lapar di luar sana

Khamis, Julai 26, 2012

KURANGKAN MARAH,BANYAKKAN SEDEKAH

Puasa hari ke enam..biarpun huru-hara setiap hari dengan urusan kerja dan rumah,tapi tetap juga gagah memasak untuk anak-anak.Lebih puashati rasanya.Jiran depan rumah ni pun rajin hantar juadah..biasalah bulan Ramadan jerlah bertukar-tukar mangkuk kan..
Ni kerja lima beradik lepas balik sekolah..tak sempat tukar baju dah berlonggok main..nak marah pun kesian,bebudak tu puasa dalam cuaca terik panas sehari dua ni..memang letih.

Irfan ni  tiap-tiap hari ikut berbuka dan bangun bersahur....kadang tu dia makan berselera sungguh  tu mengalahkan orang yang berpuasa pulak..Haih! (><)

Nampak tu..minum air depan kakak abang di tengahari panas..sungguh tak sopan..ada aku kesahh katanyer
Tak larat nak marah budak rajin buat sepah dengan conteng dinding ni..;)
Baiklah masuk dapur..jom kita layan masak lemak daging salai (bakar dlm oven)..

Jumaat, Julai 20, 2012

MUDAH-MUDAHAN MENJADI KAFARAH DOSA DAN PEMBERSIH HARTA

Dah tiga malam demam,tapi Alhamdulillah larat bangun pagi pergi sekolah.masuk mengajar suara serak serak perit,hingus meleleh,batuk menggigil,kepala bengang...akhirnya di pagi Jumaat tumbang jua pohon rendang nan gagah di rumah ini...uwaaa...! nak buat cemana kan...redha ajerlah

Bila dah siang sikit,barulah gagahkan diri bangun pergi klinik..nak gi awal pagi kepala berat semacam.Dahlah sepanjang malam tak boleh tidur sebab sesak nafas mencungap macam nak mati athma rasanya.Sebelum pergi kerja asben offer nak tolong bawakan ke klinik,tapi kesianlak tengok dia urus anak-anak pergi sekolah dengan buat sarapan lagik  dah tu iron baju semua kan...Tak apalah bang,nak tidur kejap..siang sikit karang boleh drive pergi sendiri ..klinik bukan jauh pun..seberang jalan tu jer..Tu contoh isteri mithali tak nak susahkan suami kununnn

Pung pang pung pang..keluar klinik dengan sebeban ubat...kepala tengah biol...lutut pulak gigil..ntah cemana..boleh melompat terlanggar pembahagi jalan!Tu dia..! Syukur Allah selamatkan..kereta dah menyenget mujur tak terbalik ...masa tengah dok senget tu terbayang katil hospital jer..:((

Petang tadi hantar bengkel sekali boleh mamat bengkel tu ketawa gelakkan makcik .. 

Haiya kakak..you mabuk ka..??
Cait! saya demamlah..bukan mabuk
Biasanya orang mabuk jer yg langgar devider jalan sampai bengok you punya lower up (ntah binatang apa benda mamat tu tunjuk bawah enjin dekat tayar ni)

Hampehhh punya mamat..nasib baik muka hensem..sekeh karang baru tau..

Begitulah cerita akhir Syaaban..terbang budget raya 900 hengget ...mabuk punya pasal   huaaaaa!!!

MUDAH-MUDAHAN MENJADI KAFARAH DOSA DAN PEMBERSIH HARTA MENJELANG RAMADAN YG DINANTI

Khamis, Julai 19, 2012

ABAH



Sejak akhir-akhir ni abah selalu tak sihat,mengadu lemah badan,asyik penat walau pun tak buat sebarang kerja berat . Umur abah dah masuk 70 tahun tapi semangatnya kuat..setiap waktu solat nak pergi berjemaah di surau.Sebelum subuh dah bersiap keluar rumah..malam pulak lepas isyak kadang ikut pengajian atau ada saja aktivitinya dengan gang surau sampai larut malam .Sebenarnya bila sejuk berembun abah demam malam..selalunya dia gagahkan  juga..macam tak ada apa-apa.

Tapi..seminggu dua ni abah betul-betul tak berdaya,berjalan dalam rumah saja..selebihnya abah berbaring.Bila kami bawa ke klinik doktor kata abah kena banyak berehat,jangan terlampau aktif. Umur dah makin meningkat memang begitu. Tenaga makin berkurang.

Sedihnya emak talefon sambil berbisik...'Abah menangis subuh tadi sebab dengar azan dari surau tapi dia tak berdaya nak ikut berjemaah'..;(
MUDAH-MUDAHAN ABAH DAPAT MENYEMPUNAKAN RAMADAN YG BAKAL TIBA INI DENGAN SEMPURNA.AMIN

RAMADAN


Sehari lagi,menunggu kedatangan Ramadan.Mudah-mudahan kehadirannya membawa limpahan kebaikan.
Ampun-maaf zahir batin daripada saya Pinatbate Alwan kepada semua sahabat sekalian.

Khamis, Julai 05, 2012

MENEROKA DUNIA

Kanak-kanak meneroka dunia dengan cara mereka sendiri..

Dalam suasana pagi yg ribut dengan jerit pekik abang kakak rebut toilet,cari stokin sebelah lagi kat mana,pensel warna kaler purple hilang bawah meja makan,tak jumpa botol air..jam dah dekat pukul tujuh..sekali budak bertuah hensem ni wangiiii...jer..sebotol bedak dia sapu atas tangga..dengan badan dia sekali dia sapu..dah putih sampai rambut ko..

Untuk mengelakkan stress emak senyummmm saja. Syukur ada anak yg bijak hanya bermain dengan bedak..dia tak suap bedak tu masuk mulut pun dah cukup bagus..

Dah! jangan marah-marah..jom ke sekolah!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin