Khamis, Disember 22, 2011

Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.

Hari ini keluar keputusan PMR 2011. Semenjak dari malam dah tak lena tidur dibuatnya..set jam letak tepi telinga takut bangun lewat,iron baju siap-siap..berdebar macam nak ambik result pulak.Hahaha...

Lebih kurang pukul 10.30,result pun sampai.Alhamdulillah! Calon yg dapat 8A sejumlah 84 orang ..lebih ramai berbanding tahun lepas.Syukur..namun sedih sekali ramai pulak yg sangkut 7A IB ..terkilannya rasa.Kebanyakannya dapat B subject yg makcik ajar pulak tu.Rasa nak resign jer.tukar kerjaya jadi master chef . PK pun nampak kecewa.Dah bukan rezeki..redho sajalah.

Yang penting biar apa sekali pun keputusannya, jika sepanjang tahun kita sudah berusaha, mencuba dan berlatih, ini bermaksud kita sudah pun menjadi manusia berjaya. Cabaran besar menanti di hadapan tetapi pengalaman membuat persediaan, kesusahan, keletihan, menguruskan stress dan bosan serta 1001 pengalaman lain, kekal berguna sampai bila-bila.

Antara wajah-wajah ceria straight A's
                           Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.

Sabtu, Disember 17, 2011

Khamis, Disember 15, 2011

MELAWAN MASA


Sebelum cuti hari tu banyak betul kerja dan perancangan yang nak dibuat semasa cuti ni.Bila sampai masanya virus M merebak..habislah ! tak jadi apa punn..

1.Cat bilik kakak.
  Tuan bilik yang sibuk nak cat warna biru..warna biru..tapi bila sampai masa suruh mengecat dia kata tak  ada mood pulak dah..emak dia lagilah tak kuasa.

2.Cat pagar rumah.
  Pagar besi mmg dah pudar warnanya.Daripada merah+ gold dah rupa macam kelabu asap bertompok-tompok.Siapa nak mulakan kerja tu..? Tentu en asben kannn..dah kalau hujung minggu asyik berjalan,balik kampung..bila masa nak cat pagar ni bang..!

3.Kemas almari dan barang anak-anak
   Yang ni 50% dah siap.Sebahagian pakaian/bag/alatan sekolah dah beri pada orang dan ada yang dah dibuang sebab lusuh sangat dan tak patut beri pd orang.Buku-buku belum siap kemas lagi.Ada banyak buku UPSR nak beri pada anak buah dan majalah lama nak letak pusat sumber  sekolah tapi bila nak start kemas jer..terus rasa argghhhh....!

4.Kemaskini fail dan almari buku dalam rumah ni.
Kalau tak dapat buat filing 5S pun dapat susun kemas dan mudah nak cari segala dokumen pun..kira ok lah kan..buku dan majalah punya banyak merata tempat dalam rumah ni..bersepah sana-sini..tak cukup almari nak letak pun yer jugak..rak pun dah penuh duh!

5.Selesaikan kerja dokumentasi aktiviti sekolah 2011.
Sebahagian besar laporan dah siap tapi ada gambar-gambar untuk album yg belum siap lagi padahal dateline dah laamaaa terlajak.Asyik tangguh hari demi hari,minggu demi minggu..kenapalah liat sangat nak buat kerja-kerja berkaitan sekolah masa cuti.

Alasan
1. Diserang penyakit malas
2. Kemalasan melanda
3. Kesan-kesan malas mula kelihatan

Irfan boy satu hal.. Tengok tu..kain baju dah lipat elok pun Irfan punggah balik....pi sepak macam bola buat apa..?Kalau macam tu hari-hari..bila emak nak buat kerja lain..?Cuti dah nak habis ni...sempat ker..??

Rabu, Disember 14, 2011

HADIAH UNTUK PENGANTIN

Hujung minggu ni Insyaallah kami nak ke undangan majlis perkahwinan kawan ofis en.asben di Felda Jengka.So siang tadi pergilah beli hadiah.Gigih beratur kat kaunter dengan orang nak menyambut Krismas.Agak-agaklah makcik Pinat pun..sudahlah shopping time bulan tengah gerhana terpaksa korek tabung cari duit syiling,lepas tu orang beraya kita pun sibuk nak beraya..hah!!balik kepala berdenyut barulah insaf tau.


Tengah-tengah mall tu diorang nyanyi lagu apantahlahhh..dah rupa bunyi dalam gereja tu lah.cer teka kat mana..? ;) Indahnya hidup bermasyarakat kalau kita saling menghormati kepercayaan orang lain dan memahami keutamaan kita sendiri.

Malam ni ingat nak balut hadiah sekali baru ingat..,lupa beli kertas balut hadiah lah pulakkk..kat rumah ni cuma ada baki-baki kertas sikit..agak-agak kalau balut macam ni pun ok gak kan..yang penting isi dalamnya.Pembalutnya orang buang jugak nanti.Bak kata cik kakak "penting ker..?" Huhuhu....

jumpa kat web mana ntah gambar hadiah krismas ni..
Amalan memberi hadiah sangat dianjurkan dalam agama sebagai mengeratkan silaturrahim dan tanda saling berkongsi kegembiraan.Nak bagi hadiah tak payah balut pun boleh..macam idea cik kakak ..tapi tentu lebih manis kalau dibalut cantik asal tidak keterlaluan sampai berlaku pembaziran melampau atau simbol menunjuk-nunjuk kan.Tak adalah togel jer hulur ..pakai plastik kedai pulak.*tepuk dahi

Sebab tak jadi balut hadiah malam ni..kita masuk dapur buat sagu gula Melaka..sagu hijau tu saja jer masak lembik sampai  tak nampak berbiji dah..lajuu jer masuk tekak..yummmm!

Selasa, Disember 13, 2011

SARAPAN 13.12.11

Assalamualaikum.
Sudah sarapan pagi ni? kat rumah ni memang dah jadi undang-undang..mesti sarapan dulu sebelum memulakan apa-apa pekerjaan setiap hari.Sebab tu walaupun cuti kena bangun awal siapkan sarapan pagi juga.Kalau gagal ada yang masam muka masuk ofis..adoilah!

Anak-anak pun sebab dah diulang-ulang info kepentingan sarapan pagi..tak ada masalah nak suruh sarapan.Semua takut otak jadi lembab sebab tak cukup energy..huhuhu


Sempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang DiPertuan Agong.. bagilah emak rehat kan..diorang bikin sarapan secara berjemaah adik-beradik...Yeeha!! Bravo!

Jom sarapan Tortilla 4 tingkat dengan daging burger,telur hancur,sayuran,sos cili dan keju...layann...
Alhamdulillah!

Isnin, Disember 12, 2011

ALHAMDULILLAH,DROGBA TERIMA HIDAYAH ALLAH

Alhamdulillah!
Rupa-rupanya hasil melihat suasana persekitaran yang menggalakkan,tanpa ragu-ragu hari ini Drogba menunaikan solat maghrib sebaik saja sejadah dibentang.Khusyuk sujud sampai tak sedar gambar diambil.
Sayang sekali kiblatnya bertentangan arah lah pulakk...Ni dah salah ni Drogba..tak sah solat nanti.

Tapi tak apalah kann..baru belajar..lain kali jangan buat macam tu yer..hadap kiblat betul-betul.baru sah solat Brogba..Lepas tu jangan lupa,pakai seluar panjang..biar sempurna tutup aurat tu.Hehehe..
Allahuakbar!

**Terima kasih kpd Aina Eira yg menghadiahkan watermark ni..cantikkan..;)

Sabtu, Disember 10, 2011

MELATIH JUNIOR MASTERCHEF

 Pernah nampak sayur ni..? Dah laammaa tak makan .. kat kampung kakpinat orang kutip kat tepi parit jer..tapi semalam jumpa kat pasar. We call it CENTONGAN. Hahaha..Bila nampak jer terus teringin ..tumis kering dengan belacan dan cili api..ermmm...!!

Sejak melayan rancangan Masterchef ni bagus pulak anak-anak dalam rumah ni.Rajin masuk dapur..menolong dan kadang tu memasak sendiri.Memang letihlah memikir budget asyik nak beli bahan basah jer tapi bila fikir balik,ini akan melatih mereka berdikari.

Ayam mask merah ni favourite anak-anak.Cik Kakak masak dengan dengan bantuan dan tunjuk ajar mak dia..tapi yg best tu dia guna pengetahuan dia yang ditimba entah dari mana..'mak! kakak nak masukkan gula kabung kalau tak ada  brown sugar pun boleh supaya warna merah dan rasa lebih sedap..tak terlalu manis' Wow! Bravo..dah pandai nak lawan tokey nampaknya..ekeke..

Yang ni puding caramel kesukaan kakak.Dah lama dia mintak buatkan tapi oleh sebab mak dia buat derkk..jer akhirnya kakak ambil keputusan buat sendiri. Cuma gula hangus tu kakak tak yakin nak buat jadi emak dia gigih menghanguskan gula..tu diaa..siap bergenang atas pinggan.Kakak letak sikit jer gula dalam puding tu sebab dia kata nak kurangkan manis,lepas tu dia letak peach yg rasa masam-masam ni utk mengimbangi kemanisan puding..bagus..bagus..rasanya dah banyak improve kebolehan dan kepekaan cik Kakak terhadap makanan sejak cuti sekolah ni.Lepas ni boleh bagi terus dapur tu kat dia.

Muka bangga kembang-kembang hidung dengan hasil masakan sendiri..elakkan sifat ujub anakku..
Hari ni urusan dapur selesai dengan mudah sebab ada dua orang junior yang sukarela membantu.TQ
ALHAMDULILLAH..smile! jom berehat sambil goyang-goyang kaki..

Selasa, Disember 06, 2011

SYUKURI APA YG KITA MILIKI SEADANYA

Alhamdulillah dah sihat semua kat rumah ni .Irfan boi dah tak demam lagi tapi hingus still meleleh haihh..rimas!.Syukur juga anak-anak demam masa cuti sekolah,kalau tidak jenuh juga nak minta cuti..kerja kuli bukan senang nak cuti..lainlah kalau jadi boss kan ;(

Muka happy dah sihat
Cuti kali ni tak dapat nak berjalan sangatlah..budget pun tak berapa nak banyak,cukuplah duit semangkuk dua cadang nak bawa anak-anak pergi Aquaria ker..Muzium Negara ke..pasar malam depan rumah ni ker..Tu pun ntah bila..



Macam biasa hujung tahun kita kemas rumah.Yeahh!! Gotong-royong anak-beranak memang kecoh.Recyle barang mana yang patut sebelum masuk barang baru.Kalau tak nanti tak ada ruang pulak nak letak baju sekolah baru,buku baru..etc..Alhamdulillah sejak beberapa tahun ni kami ada tempat nak bagi barang terpakai.Beberapa keluarga nelayan kat kampung kami memang mengharap barang-barang macam ni terutama pakaian dan peralatan sekolah anak-anak.Kadang-kadang ada juga kawan yang kirim berkotak-kotak barang terpakai untuk kami bawakan.Alhamdulillah..kami cuba memanjangkan pemberian orang.Syaratnya bagilah barang yang masih elok dan boleh digunakan.Kalau barang dah rosak atau baju dah lusuh sampai kita pun tak lalu nak pakai tak usahlah bagi kat orang.Tak baik cam tu...;)

Masa kemas-kemas kabinet dapur semalam jumpa botol kicap,botol jem..konon hari tu nak tampal deco..last tak jadi pulak.Biasalah kan..hot hot chicken shit..Bila jumpa idea DIY buat lampu chandeliar ni rasa macam teruja lak nak buat..tambah bunga ros atas tutup botol tu ker,gantung batu jurai-jurai kasi blink blink sikit ker..walla! Jadilah kan.Berangan tak kena bayar. kalau jadi bolehlah jimat duit sikit nak beli handbag baru ni...uwaaa!!





Tadi beli barang sekolah anak..amboi makk..baru dua tiga item dah berketul-ketul duit kena bayar.Mahal betul harga barang sekarang ni.Beli bag sekolah yg kualiti sederhana jer dah lima puluh hengget.Tu baru bag..bayang jerlah kalau anak ramai.Tu pasal beli berdikit-dikit taklah terasa sangat..

Buku baru kakak..kalau dia tengah membaca jangan panggil..nanti mulut moncong..huh!       
 Kakak mintak buku,biasalah kan..anak dara ni cakap nak buku sekolah tambahan tapi sempat jugak dia pow buku cerita ..ermm..tak habis-habis novel budak ni. Tiap minggu ada jer nak buku atau novel baru.Layankan jer lah ..dulu masa anak kecik suruh dia rajin membaca..sekali dah jadi ulat gonggok buku ..takkan nak marah pulak kan...walaupun emak dia kabur-kabur jer mata tengok handbag..(> <) huhuhu...

Alhamdulillah.Syukur atas segala nikmat yg Allah kurniakan.

Ahad, Disember 04, 2011

MUSIM HUJAN MUSIM DEMAM





Seminggu ni melayan anak-anak demam bergilir-gilir,lepas seorang..seorang demam.Emak diorang pun dah separa nak demam ni.Kepala dah berat semacam.badan pun dah seram sejuk dibuatnya. Syukurlah my great helper si Kakak sihat walafiat.Alhamdulillah..Kalau dia pun ikut demam payah jugak nak minta tolong buat kerja..;)

Kakak baru balik dari Kem Remaja Di masjid Putrajaya. 3hari 2 malam tak lama tapi banyak juga kerja rumah terbengkalai sebab tak ada kakak nak tolong.Bab kemas rumah dan urusan kain baju memang tanggung jawab kakak..bila dia tak ada mulalah baju menggunung tak berlipat.Rumah memanglah kelam-kabut je sepanjang musim demam.Walaupun Kakak tak suka memasak berbanding Abang,tapi bab mengemas nombor satu.Bila dia balik rumah jer..terus pegang penyapu..tangan dengan mulut sama rancak jalan..kikiki..budak tengah demam pun boleh bangun kutip buku dan mainan bertabur sebab takut kena bebel dengan kakak.

Anak-anak ramai ni demam pun memacam ragam.ada yang demam muka monyok tak mau makan,tak mau bercakap.Senyapppp jer.Izzah punya perangailah tu. Kalau Hannah demam manja mengada lebih.Makan nak bersuap,tidur nak mintak peluk..berkepit  jer,merengek nak itu ini..sabau jerlah.Irfan boy pulak kalau demam tak macam budak demam.Badan panas berapi tapi sibuk nak main bola.Kalau dah mintak dukung tu tanda demam dah teruk sangatlah tu.

Kadang-kadang terlintas jugak dalam hati ,agaknya bila mak dan abah dah tua dan uzur dan ditakdirkan tiba masa sakit nanti..adakah anak-anak yang ramai ni nak jaga,nak suap makan minum,bangun malam nak bagi makan ubat ikut time ..huhuhu.Teremosi lak...

Teringat tazkirah seorang ustaz,katanya: Sebagai ibubapa sebaiknya kita jangan fikir apa yang anak-anak akan balas pada kita di hari tua kita atau selepas kita mati nanti..Ikhlaskan saja niat kita membesarkan anak-anak kerana menunaikan amanah daripada Allah. Cukup. Selebihnya biarlah Allah yang menentukan.Didiklah anak-anak supaya menjadi anak yang bertakwa kerana dengan cara itu sahaja yang akan menjamin anak-anak kita menjalankan amanahnya pula sebagai seorang anak bila mereka dewasa nanti.

psstt.!  makcik nak pi bancuh slimming tea sekarang.Untung-untung boleh buang lebihan lemak ni. Musim hujan kannn ..laporrr sokmo

Jumaat, Disember 02, 2011

ROMBONGAN MAKCIK PINAT KE SG KLAH


Anak-anak baru seminggu cuti sekolah dah mengeluh bosan.Nak bawa travel obersi pun abah tak banyak duit ada cuti. kahkahkah...verangan tak per kan... Kebetulan cuti Awal Muharam hari tu my adik nak bawa atuk,embah dan family dia berkelah kat HOT SPING SG KLAH, apalagi...kami pun joinlah sekali.Nampaknya tahun ni dah dua kali ke mari..
Kami bertolak dari rumah atuk jam 7.00 pagi.Sampai  kat sana dalam jam 9.30 ..cuaca elok tak panas lagi ..memang sesuailah berendam air panas..Orang pun belum ramai lagi masa tu..Seronoklah bebudak ni main air..kejap masuk kolam air panas,kejap keluar.. masuk pulak kolam air gunung yg sejuk tu..berkejar-kejar ..tak reti penat !

Cuma kat area merebus telur ni yang tak berapa nak seronok sebab bau hanyir sikit kat kawasan tu.Bau telur suku masak..ngeee...Ramai betul orang nak merebus telur ..dahlah seorang rebus berpuluh bijik..adoilah..dah rupa buaya memasing ..semua pakat makan telurrr belaka..


Termasuklah adik gue yg cun tu...Kehkehkeh...

Dah puas orang dewasa berendam kaki kat air panas,kami pun ajak bebudak naik dari air,makan dan bersiap nak balik rumah..alahai punyalah payahhhhh!!...masing-masing tak mau balik...Termasuklah budak berdua ni.dah siap tukar baju pun masih usya usya nak masuk balik dalam kolam.


Sebelum balik rumah kami singgah dulu beli durian kampung yang dijual tepi-tepi jalan.banyak pokok durian kat sini..kawasan Felda kan..menjadi betul buah durian dan rambutan diorang.Puashatilah makan durian..sampai ada yang sakit tekak kepanasan..Terima kasih kepada Pakcik Elvis Presley yang tolong kopekkan kulit durian ..HAHAHA..rambut pakcik tu tak boleh blah..

babai Sg Klah..;) Len kali kitorang datang lagi makan telur rebus..

Khamis, Disember 01, 2011

SEBELUM DAN SELEPAS


BEFORE

AFTER
YANG MANA SATU PILIHAN ANDA..??

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin