Ahad, Julai 24, 2011

RASA MACAM NAK..

tetiba rasa macam nak private kan saja blog ni.. malas nak layan makhluk tu


Khamis, Julai 21, 2011

SYUKUR MENAMBAH BERKAT

Bila kita tidak dapat memiliki apa yang kita sukai, belajarlah untuk menyukai apa yang kita miliki.
Walaupun sebenarnya teringin nak makan ubi rebus panas-panas  cicah dengan sambal tumis emak yang sedap tu..tapi tak dapat sebab tak jumpa ubi..sob,sob,sob...syukurlah dengan rezeki yang ada.



kalau tangan dah buat sign peace..peace..tu tandanya sedap sangat tak boleh cakap dah. Alhamdulillah
Terima kasih aunty Fara
Ini baju dari Quebec City Canada, rezeki Hannah dapat masa lahir dulu. Masa tu tak muat pakai sebab besar jadi simpan dalam almari .Sedar-sedar bila jumpa balik dah muat-muat jer..syukur..; )

Ahad, Julai 10, 2011

WARNA-WARNI SUKAN

tak daya nak taip cerita..letih siang tadi belum habis lagi..biarlah gambar menceritakan segalanya..






















Selasa, Julai 05, 2011

NASI AMBENG

Minggu lepas kami balik ke kampung.Atuk kata nak buat kenduri nasi ambeng.Elok benarlah tu..dah lama tak makan nasi ambeng.Semenjak dari pagi lagi kami dah buat-buat sibuk menyediakan persiapan untuk kenduri.Kehkehkeh..Bukan masak pun..cuma kemas rumah sikit,goreng keropok dan potong buah tembikai dan kupas buah nangka  jer..;-)
Kuih keria dan cucur badak adalah gabungan yang sangat mantap.Tak tau atuk order kat mana ntah..sedap betul.
 
ditambah pula bubur kacang buatan Mak Usu
..perghhh! Hidangan minum petang dah sedia..
Elok lepas solat asar jer tetamu yang kami undang pun sampai dengan van besar ni..Alhamdulillah.
Hari ini Atuk jemput lebih kurang 15 orang pelajar-pelajar sekolah Tahfiz untuk baca Quran. Setiap seorang diamanahkan membaca 2 juzuk seorang. Menjelang petang selesailah 30 juzuk al Quran dibaca oleh mereka.Alhamdulillah. Dapatlah kami sekeluarga mendengar bacaan mereka. Syahdunya..
Kat dapur pula dah menunggu hidangan utama..yeay! nasi ambeng..tapi yang ini bukan untuk di makan masa tu..Kami hantar ke asrama pelajar tu untuk dikongsi dengan pelajar-pelajar yang lain.Hidangan makan malam mereka.Ada seramai 70 orang pelajar semuanya di sekolah tu.
Atuk order 7 dulang nasi ambeng untuk diberi kepada pelajar tahfiz tu..dan sedulang lagi untuk kami anak beranak makan di rumah.
Ni lah rupanya nasi ambeng tu..sedulang boleh dikongsi untuk 10 orang. Nasinya menimbun dengan lauk pauk dihimpun sekali ditengah-tengah. Cara makan sedulang macam ni bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim. Macam sunnah nabi..;-)
Lauknya ayam goreng berempah, serunding kacang,sayur goreng jawa dan mee goreng.
Yang ni bukan pelajar tahfiz tu..tapi cucu-cucu atuk bergabung tenaga makan kat dapur selepas selesai majlis..Seronok betul makan ramai-ramai macam ni.
            Lain kali kita buat lagi macam ni yer atuk...;-)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin