Sabtu, Jun 25, 2011

WARNA WARNI

Alhamdulillah,selesai Majlis Bicara Akademik di hari Sabtu yang cerah.Syukur dapat jumpa ramai  ibubapa murid yang komited dan prihatin dengan persekolahan anak-anak.Terbayang wajah anak sendiri. Entah apalah  nasibnya.
Inilah nasib jadi cikgu sekolah. Selalu terlepas masa-masa berharga di alam persekolahan anak-anak sendiri sebab komitmen kerja.Hari pertama anak masuk sekolah pun tak dapat hantar kerana terlibat dengan pendaftaran murid di sekolah sendiri.Tak payah ceritalah majlis anugerah cemerlang,hari sukan,ambil report card...selalu sangat kena masa yang sama dengan program di sekolah sendiri.Macamana nak pergi kan...
Kadang-kadang bila berkejar lepas waktu sekolah buat kelas tambahan untuk anak didik,terbayang anak sendiri.Buku dan pelajaran diorang pun kadang-kadang tak sempat nak tengok.Bila balik rumah dah penat,anak tanya pun dah tak daya nak jawab.Sedih kan..
Abang nak UPSR tahun ni.Anak lelaki tak macam anak perempuan. Selalu nak kena ingatkan baca buku dan siapkan kerja rumah. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan abang..seronok belajar dan berjaya cemerlang.
Hidup penuh warna-warni. Apam polkadot di atas alas meja polkadot...ceria kan..?? Hidup ini terlalu singkat untuk terus bersedih. Usaha sehabis daya,selebihnya kita serahkan kepada Allah. Hari esok belum tentu  milik kita.Rezeki dan umur milik Allah.

Isnin, Jun 20, 2011

MANISNYA MINGGU INI

Alhamdulillah selepas minggu-minggu yang sibuk,akhirnya minggu ini ada kelapangan sikit.Bolehlah kemas rumah yang dah makin huru-hara tu. Nak buat cemana..yang berkemas seorang,yang buat sepah bukan main ramai..

Semenjak dua menjak ikut beberapa tips dalam buku ni,ada juga kesannya. Anak-anak nampaknya patuh pada jadual "kehendak anak dengan kehendak parents". Ok lah..berbaloi jugaklah duduk berbincang dgn Abang dan Izzah..kemudian buat persetujuan beberapa perkara. Contohnya berapa jam yg diorang nak duduk depan tv dan comp. dan berapa jam pulak yg mak dan abah benarkan ..so kami ambil jalan tengah yg dipersetujui bersama.Alhamdulillah diorang ikut. Isyy..banyak lah nak citer..lagi baik baca sendirilah  ;-)

Minggu ni sempat juga baca buku kedua Pn.Roza Roslan . Banyak pengalaman hidupnya yang boleh dijadikan panduan.Kadang-kadang bila kita baca atau dengar pengalaman hidup orang lain terasa betapa bertuahnya hidup yang kita miliki ini.Bersyukur,bersyukur dan bersyukur dengan apa yg ada di sekeliling  kita dan nikmati hidup ini sebaiknya.Jangan irihati dengan kelebihan orang lain.Jadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi.

Buku pertama ni dah khatam tahun lepas.
 Minggu ini ada kenangan paling manis iaitu berjumpa buat pertama kali dengan keluarga cyber yang dikenali semenjak 10 tahun yang lalu.Mudah-mudahan Allah memberkati ukhuwwah fillah.Terima kasih kepada DILA yang sudi menjemput kami sekeluarga.

 Seronok juga minggu ini melayan anak-anak jiran memenuhkan laman sekangkang kera kami dengan bermain .Kalau ada gelak tawa anak-anak ini makin ceria dan meriahlah rumah.
 Alhamdulillah. Mudah-mudahan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Jumaat, Jun 10, 2011

APA ADA DI PULAU MARINA

 Hajat hati nak melancong obersi tapi belum sampai-sampai lagi rezeki tu ..jadi memadailah sampai ke Pulau Marina jer..lagi pun hari tu  abah dah janji nak bawa kami ke SINI

Jalan masuk ke Jambatan ke pulau ni betul-betul berhadapan dengan TLDM Lumut.

Dua malam di Hotel Best Western..
Anak ramai dah tak boleh ambil bilik macam dulu..sewa apartment terus..boleh Irfan practice berjalan..
Ehh! kerusi meja makan ni sama macam kerusi kat rumah lah pulak..
ada balcony di setiap bilik tapi yg ini yg paling luas dan boleh memantau anak-anak mandi kat kolam
hai!..lebar senyum kakak...
Cemana ntah  bebudak ni boleh jumpa video room depan lobby..ayyoo..! kering poket melayan token bebudak ni..memacam games ada.Abang sampai tengah malam layan main carom dan pingpong kat lobby dgn abah.Sesekali biarkan jer lah..dah kata cuti kan...layanlah sampai lebam.
Ni bersiar-siar depan hotel lepas sarapan konon nak joging tepi pantai tapi nan ado.Perut dah kenyang makanan memacam kat hotel ni ..sarapan dah rupa brunch dah..; )
Senang hati ...lepak-lepak..borak-borak..gelak-gelak
 Jumpa pulak Aspalela kat sini..aspalela..la..la..la..la..
seronok tengok anak-anak gembira..walau pun sekadar main kejar-kejar ..
Harapan menggunung mudah-mudahan masa-masa gembira begini akan terus berkekalan sampai akhir hayat

Petang layan bebudak ni main basikal sandar depan kompleks jeti yang diidam-idamkan dulu..letih rupanya mengayuh sambil menyandar..
Kalau dah seharian letih main dan berendam..bila tidur malam,ada hujan ribut pun tak sedar..
Alhamdulillah

Khamis, Jun 09, 2011

HOT SPRING SG KLAH

Selesai jer siap marking paper,terus capai bag baju..dah nama cuti kan..kita jalan-jalan cari pasal..


Ingatkan dekat jer..rupa-rupanya boleh tahan juga masuk ke dalam jauhnya dari hiway.Puaslah meredah ladang getah dan ladang kelapa sawit.

Tapi bila masuk situ..wah! ramai betul orang..meriah! macam-macam ado.. tiket RM 10 utk dewasa .

Hannah yang paling seronok..ikut berendam dalam air panas..syiokk jer dia..

 Budak kecik ni pun happy..tak banyak ragam..senyummm jer..Alhamdulillah
 Bebudak ni paling teruja rebus telur atas batu panas tu..6 minit rendam dalam air panas tu boleh menghasilkan telur 3/4 masak yang lembut dan best!!
Anak-anak seronoklah kat sini..berbaloi walaupun penat..;-)

Rabu, Jun 01, 2011

MANGSA BULI

Bila musim cuti tiba macam biasa rumah riuh- rendah.Dapur pun klentung-klentang..dari pagi sampai malam. Kalau bukan emaknya yang memasak, anak-anak yang sibuk bukak tutup peti ais selongkar makanan.
Semalam buat pulut durian sebab kakak sebut nak makan durian.

Rumah memang bersepahlah semenjak Irfan dah pandai berjalan ni.banyak kes dah dibuatnya.Dia rajin betul selongkar almari susun kain baju..pernah sekali tu selongkar kabinet dapur tumpahkan garam lepas tu tabur kunyit kat lantai.Jenuhlah membersihkan lantai.Sorok kunci kereta dalam almari kasut pun dia buat.Dua hari juga menonggeng meniarap mencari serata rumah baru jumpa.

Ini kebolehan terkini Irfan. Tekan-tekan remote tv.Kalau remote tu dah dapat kat dia semua orang kena redha ajerlah.Kalau direbut meraung dia nanti.Itu pun dah kira nasib baik..silap gaya diketuk kepala orang tu dengan remote tu..Hannah dah kena sekali..menangislah cik kak tu...

Tapi sesekali ada juga masa yang senyap sunyi.Bila seorang pergi tusyen,seorang mengadap laptop,seorang hanyut dengan novel,seorang khusyuk mewarna,seorang lagi tidur lena...tv pulak tutup,errmmm...rasa macam rumah tak berorang pulak.

Budak berdua ni dapat basikal baru tapi kakak Hannah tak daya nak kayuh basikal tu laju-laju..sebab adik dia dah sama besar jer saiz badannya..Kesian..yang adik tu pulak menyandar macam bos jer gayanya..Ini dah jadi kes membuli kakak ni ..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin