Isnin, Februari 28, 2011

SAKIT KEPALA APA UBATNYA SAYANG..?


Sakit kepala ini dah lama.Tapi selalunya saya buat-buat tak rasa saja.Pagi tadi rasa dah tak boleh tahan lagi. Sejak dari malam dah terasa kepala berat semacam.Bila bangun pagi rasa melayang dan berdenyut.Bila sujud terus gelap rasa kena hempap batu berat. Gelap,berdenyut,melayang.

Hmm...akhirnya MC sehari.Doktor kata sinus saya sudah makin teruk.Ubat yang dibekalkan satu bag penuh.Syukur dan redha sajalah..Dalam denyut kepala tu teringat banyak kerja yang nak diselesaikan pagi ni.Alamatnya tertangguh lagi..huhuhu..


Sudah makan ubat,nak tidur sekejap.Mudah-mudahan lega lepas ni.

Isnin, Februari 21, 2011

LAKSA BALAS DENDAM

Minggu lepas, Izzah nak makan laksa.Kami beli tiga bungkus kat pasar malam.Tapi cuma habis  makan setengah bungkus jer..;(

Nak buat macamana ..dapat kuah laksa yang cair boleh maaf lagi..tapi yang terharu sampai tak sanggup nak telan tu ..laksa tu amatlah pedas berdengung, tak cukup tu..  masinnn ya amat pulak ..alahai..sabar jer lah..

Tu lah salah satu sebab kenapa masak sendiri lebih seronok dan puashati. Boleh buat kuah pekat-pekat dan sesuai dengan tahap kepedasan anak-anak..cerewetkah aku..?

Tak ada siapa yang puji sedap pun..
Tapi semua orang makan habis licin..! ..;D
Alhamdulillah..
mai pekena laksa...;-)

Rabu, Februari 16, 2011

KU MOHON..

Masya Allah ! Betapa besarnya nikmatMu ya Allah..hilang segala keletihan dan terasa damai jiwa ini bila menatap wajah anak kecil yang tidak berdosa.

Terasa hiba dan sayu bila memandangnya tidur

Terasa bahagia bila melayannya ketawa

                    Ya Allah! ku mohon..limpahilah anak ini dengan rahmat dan kasih sayang Mu..
menjadi anak soleh.. penyejuk mata penenang jiwa.

Jumaat, Februari 11, 2011

CENDOL LEMAN DAWI

Masa JJCM sempena CNY hari tu kami sempat terjah kedai cendol yang glemer ni. Memang dah lama berhajat nak makan cendol percuma.Beli tiga mangkuk saja tapi kami anak beranak makan cendol menambah-nambah..dah kata percuma..bergasak macam makan kenduri jer gayanya..kehkehkeh.
Tapi adat lah kan..orang Melayu ni kan pemalu,bersopan santun gitu..walau pun katanya boleh makan sebanyak mana percuma..rasanya tak adalah yang mentekedarah bermangkuk-mangkuk..patut-patutlah kan..lagi pun takat makan cendol,mana ada orang yang sanggup makan sampai sebaldi seorang ..lagi kalau kena bebudak makan..semangkuk yang dibeli pun belum tentu habis,lagikan pulak nak menambah.
Daya tarikan Leman Dawi ni sebenarnya lebih kepada keramahan dia dan minat dia pada sejarah tu...bukanlah pasal cendol dia sedap sangat.Selain galeri sejarah dia kat satu penjuru dalam gerai cendol tu, si Leman Dawi  asyik bercerita tentang sejarah pada pengunjung yang minum..sampai rasa sayu hati nak makan cendol sebab terpaksa mendengar cerita dia pasal sejarah radio dan tv dicipta..tahun bila,di mana,siapa yang cipta..blablabla..haih!

Semuga murah rezeki Leman Dawi ni sebab banyak bersedekah dan memberi.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin